HomeSukanSAFA hanya laksanakan program pembangunan bola sepak negeri

SAFA hanya laksanakan program pembangunan bola sepak negeri

Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) tidak lagi mengendalikan pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia termasuk pasukan bawah umur 20 dan bawah 18 tahun ketika ini.

Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat berkata, kesemua empat pasukan termasuk skuad senior dan bawah 23 tahun selain bawah 20 dan bawah 18 tahun dikendalikan kelab profesional, Sabah FC.

Katanya, SAFA kini hanya menjalankan program pembangunan bola sepak yang melibatkan kanak-kanak dan remaja di samping menganjurkan kejohanan bola sepak yang ada dalam kalender SAFA.

“Semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia adalah di bawah kendalian Sabah FC dan bukan lagi di bawah SAFA seperti pada masa lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan bekas pemain kebangsaan, Razali Zinin berhubung kekalahan berterusan yang dialami pasukan B20 dan B18 di media sosial baru-baru ini.

Razali berpendapat, individu yang berpengalaman perlu diperbanyakkan selain mereka yang terkibat bertanggunjawab dan meletakkan jawatan atas kekalahan berterusan pasukan.

Menurut Omar Maya, SAFA tidak sepatutnya dikaitkan dengan kemerosotan pasukan B20 dan B18 kerana ia tidak terlibat mengendalikan pasukan terbabit.

“Adalah tidak adil untuk mengaitkan SAFA dengan pasukan-pasukan itu, apa lagi meletakkan kesalahan itu kepada SAFA,” katanya.

Beliau menambah, selaku bekas pemain kebangsaan, Razali harus mengetahui mengenai perjalanan pasukan-pasukan yang ada di Sabah.

“Sekarang era bola sepak profesional, persatuan tidak lagi mengendalikan mana-mana pasukan seperti pada masa lalu. Semuanya di bawah kendalian kelab professional,”katanya.

Untuk rekod, Razali juga pernah melatih skuad B19 Sabah ketika ia masih di bawah SAFA sebelum ini namun pasukan itu juga gagal mencapai kejayaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya