HomeIsu tempatanKanak-kanak perempuan dikhuatiri hilang di ladang sawit

Kanak-kanak perempuan dikhuatiri hilang di ladang sawit

Read Time:1 Minute, 21 Second

KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan dikhuatiri hilang di kawasan ladang sawit di Ladang Tung Hup LP7 Paris dekat sini sejak lima hari yang lalu (28 Mei).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada tengah hari Selasa (30 Mei) dari pihak polis mengenai seorang kanak-kanak perempuan dipercayai hilang di kawasan ladang sawit.

Pasukan SAR mencari kanak-kanak tersebut di kawasan ladang sawit di lokasi dia dilaporkan hilang. – Foto ihsan Jabatan Bomba Kinabatangan

Katanya, menurut maklumat saksi, kanak-kanak tersebut kali terakhir dilihat berada di kawasan Kuarters Ladang Tung Hup LP7 Paris, Kinabatangan pada Ahad lalu (28 Mei).

“Bertindak atas maklumat tersebut hari ini memasuki hari ke-3 bermula 30 Mei hingga 1 Jun operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan Bomba bersama orang kampung dan pekerja ladang di sekitar lokasi mangsa dilaporkan hilang namun mangsa yang dikenali sebagai Nurain Randi masih belum dijumpai,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Menurut Nurul Azlan, setakat ni, pasukan SAR sudah menggunakan pelbagai kaedah pencarian secara biasa, dari rumah ke rumah yang berhampiran, pencarian di setiap lereng bukit dan di kawasan kolam terbuka.

“Selain itu pasukan SAR juga turut menggunakan khidmat jentera pengorek untuk mengorek lubang-lubang yang dikhuatiri mangsa terjatuh ke dalamnya namun masih gagal menemui mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, Nurul Azlan berkata, setelah bertemu dengan keluarga mangsa pagi tadi, pasukan SAR memutuskan untuk menamatkan operasi mencari kanak-kanak tersebut hari ini.

“Setelah berbincang dengan agensi lain yang terlibat, kami putuskan operasi ditamatkan pada hari ini dan pihak keluarga mangsa akan meneruskan pencarian dengan ikhtiar cara lain pula,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular