HomeIsu tempatanDr Velerie terima anugerah "Rise Educator Award 2023"

Dr Velerie terima anugerah “Rise Educator Award 2023”

Read Time:1 Minute, 48 Second

KENINGAU: Dr Velerie Wheelervon Primus, 34, seorang guru Pendidikan Khas dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor di daerah ini yang juga merupakan seorang ikon budaya Negeri Sabah telah dianugerahkan “Rise Educator Award 2023” anjuran Taylor’s University.

Majlis penyampaian anugerah itu di sempurnakan oleh Pengarah Bahagian Sumber Dan Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainal Abas dan Pengarah Kampus Taylor’s College, Josephine Tan di Taylor’s College, Subang Jaya di Selangor pada 27 Mei lalu.

Dr Velerie meraih anugerah Rise Educator Award 2023.

Dr Velerie berkata, beliau sangat terharu kerana tidak menyangka yang beliau akan menerima anugerah itu, bagaimanapun beliau akan terus komited untuk membangunkan Bilik Sensori Khusus buat Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Pedalaman Sabah.

“Perasaan saya sangat terharu kerana tidak menyangka yang saya akan menerima anugerah ini.

“Rancangan seterusnya saya sekarang dalam proses membangunkan Bilik Sensori Khusus buat Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di Pedalaman Sabah khususnya

“Dalam masa yang sama saya akan menerbitkan beberapa modul pembelajaran untuk pembelajaran murid serta menerbitkan modul pentaksiran bilik darjah untuk kegunaan guru,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Memegang prinsip “Kerana Seni Itu Indah”, Dr Velerie pernah memenangi 12 Anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Menurut Dr Velerie, antara anugerah yang pernah dimenanginya adalah Guru Pamer keunggulan 2022, Guru Ikon Budaya Negeri Sabah 2021 dan 2022, Guru Inovasi 2022, Calon Guru Seni Persembahan Peringkat Kebangsaan 2023, Anugerah Ketua Menteri Sabah 2018, Anugerah Menteri Teknologi dan Inovasi Negeri Sabah 2019, Golden Award Folklore Dance Russian Federaration 2021 dan Memenangi lebih 10 anugerah emas dalam pertandingan inovasi.

Sementara itu Guru Besar SK Bingkor, Madalina Juanis berkata, sebagai seorang guru, Dr Velerie banyak membantu sekolah dan juga membantu murid dalam meningkatkan kemahiran asas membaca dan juga kemahiran menulis.

“Beliau komited dan mempunyai hala tuju yang jelas dalam membangunkan dan mendidik terutamanya dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di pedalaman Negeri Sabah.

“Penyertaan Rise Educator Award 2023 ini menjadi medium kepadanya untuk menyampaikan advokasi beliau iaitu “Memartabatkan Hak Murid Berkeperluan Pendidikan Khas,” katanya.

Menurut Dr Velerie lagi, wang kemenangan bernilai RM10,000 yang diperolehi daripada anugerah tersebut akan disalurkan kesemuanya untuk membangunkan sebuah bilik sensori khusus untuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas di SK Bingkor di Keningau.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lapan finalis berentap dalam kategori remaja MTHQ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya