HomeSukanSabah FC tekad bangkit, tebus kekecewaan perbaiki kedudukan Liga SuperĀ 

Sabah FC tekad bangkit, tebus kekecewaan perbaiki kedudukan Liga SuperĀ 

Read Time:1 Minute, 26 Second

Alor Setar: Sabah FC bertekad bangkit mencapai keputusan positif menentang Kedah Darul Aman FC sebagai hadiah menebus kekecewaan dalam saingan suku akhir FA minggu lalu.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, kekalahan tempoh hari sudah tentu mengecewakan semua pihak namun bagi pemain mereka perlu faham serta harus bangkit semula malam ini. 

ā€œPara pemain faham mereka tiada pilihan kecuali harus bangkit semula.

ā€œBiarpun merupakan perlawanan liga dan amat berbeza, namun ini merupakan kesempatan terbaik untuk  kita bangkit semula mendapatkan keputusan positif di Alor Setar pada malam esok (hari ini).

ā€œKita tahu bermain di Stadium Darul Aman Alor Setar bukan satu perlawanan yang mudah, namun saya percaya pemain boleh mempamerkan aksi terbaik mereka dengan sebaik mungkin. 

ā€œKita tahu pasukan Kedah kebelakangan ini bertambah baik dan mereka mempunyai corak permainan yang cukup agresif ketika beraksi di tempat sendiri dan kita harus waspada pada perlawanan nanti.

ā€œSasaran utama kita adalah untuk mengekalkan apa yang telah kita lakukan dalam saingan liga sebelum ini dengan memastikan keputusan positif dapat dicapai malam esok,ā€ katanya dalam kenyatan di sini semalam. 

Kim Swee berkata, rekod tidak tewas dalam enam perlawanan liga super sebelum ini perlu dikekalkan dengan memastikan Sabah FC tidak akan kehilangan mata pada perlawanan nanti.

Ketika mengulas mengenai kecederaan beberapa pemain utama Kim Swee berkata, ketika ini Saddil Ramdani dan Darren Lok masih belum dapat diturunkan dalam kesebelahan utama akibat mengalami kecederaan.

ā€œKita tidak perlu risau kerana masih ada pemain lain boleh menggantikan serta menggalas tugas sebagai pemain utama ketika menentang Kedah Darul Aman. 

ā€œSaya percaya pemain lain yang berada di dalam Sabah FC mampu menggalas tugas jika mereka diturunkan. Apa yang penting fokus serta berusaha membantu mencapai keputusan positif nanti,ā€ katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Stadium Likas sekali lagi jadi tuan rumah AFC Women’s Champions League...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular