HomeSukanKim Swee percaya Sabah FC masih dilandasan tepat

Kim Swee percaya Sabah FC masih dilandasan tepat

Read Time:1 Minute, 6 Second

Alor Star : Pengendali Sabah FC Datuk Ong Kim Swee percaya pasukannya masih berada dalam landasan tepat dan belum terlambat untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super.

Katanya, Sabah FC juga belum berada di ‘belakang’ liga selepas menamatkan perlawanan pusingan pertama Liga Super menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Makmur semalam.

“Saya rasa kita tidak begitu jauh ke belakang, dimana dalam pusingan pertama kita hanya tewas tiga kali dan ketiga-tiga di tempat lawan.  

“Apa yang penting selepas ini bagi saya kita harus bangkit pada pusingan kedua untuk mendapatkan mata ditempat lawan selain mengekalkan rekod kita di Stadium Likas.

“Ini penting dalam perlawanan-perlawanan akan datang macam-macam boleh berlaku.  Saya percaya kita masih berada dalam landasan betul dan masih belum terlambat untuk kita memperbaiki terutama dari segi kedudukan kita, “katanya.

Pada perlawanan semalam, KDA FC memanfaatkan kelebihan di laman sendiri apabila berjaya menundukkan Sabah FC dengan jaringan 2-1 pada aksi Liga Super.

Dengan kemenangan ini, skuad Sang Kenari naik satu anak tangga ke tangga keempat sekaligus mencapai hasrat pengendalinya, Nafuzi Zain yang mahu memastikan Kedah mencatat keputusan positif di hujung pusingan pertama musim ini.

Gol tunggal Sabah dijaringkan pemain import Gabriel Peres pada minit ke-8 manakala gol KDA FC dijaringkan Lee Tuck pada minit ke-40 dan ke-71. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular