KKTP raih anugerah MLAA 13

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah melalui Sektor Landskap dan Kelestarian telah berjaya meraih Malaysia Landscape Architecture Awards (MLAA 13) Honour Award 2022 bagi Kategori Badan Kerajaan – Green Initiatives Awards daripada Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM).

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Dato’ Ghazi menyempurnakan majlis penyampaian anugerah di Westin Desaru Coast Conference Centre, Johor pada 27 Mei lalu.

Anugerah ini memberi pengiktirafan kepada Dokumen Inisiatif KKTP Ke Arah Masyarakat Rendah Karbon bagi Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah yang telah telah dilancarkan pada 9 September 2021 oleh Datuk Isnin Aliasnih ni, Pembantu Menteri I KKTP.

Dokumen ini adalah sebagai satu inisiatif dan langkah proaktif kementerian bagi mencapai pembangunan lestari ke arah persekitaran hijau dan berdaya huni dengan merumuskan pendekatan langkah-langkah dan program dalam menangani perubahan iklim global dengan mengurangkan pelepasan karbon dioksida dalam aktiviti harian masyarakat.

Majlis penganugerahan tersebut dihadiri oleh Ketua Penolong Setiausaha (Landskap), LAr. Nurulhayati Awang More, pegawai KKTP dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Tuaran, Majlis Daerah Kinabatangan dan Majlis Daerah Kota Marudu.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *