HomeIsu tempatanEnam lelaki, seorang perempuan ditahan bersabit kes pukul dan ugut

Enam lelaki, seorang perempuan ditahan bersabit kes pukul dan ugut

Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Polis telah menangkap enam suspek lelaki dan seorang perempuan bersabit kes mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah yang tular di media sosial di Daerah Kota Kinabalu baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Kalsom Idris berkata, berhubung dengan kejadian itu pada 1 Jun lalu jam 5 petang, seorang pengadu lelaki yang juga mangsa  telah membuat laporan polis mengatakan telah dipukul dan diugut oleh beberapa orang yang tidak dikenali.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di kawasan luar sebuah pusat hiburan di Luyang Commercial Centre, Kota Kinabalu. Pengadu telah dipanggil keluar dari sebuah pusat hiburan oleh seorang perempuan berbaju merah dan seorang lelaki berbaju putih yang tidak pengadu kenali.

“Semasa diluar pengadu telah ditolak dan telah ditumbuk di bahagian muka serta ditendang di bahagian perut beberapa kali oleh beberapa orang lelaki yang pengadu tidak kenal sehingga menyebabkan pengadu mengalami pendarahan di hidung dan sebelah kanan atas kepala,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Kalsom, siasatan lanjut mendapati suspek telah menarik pengadu dan membawanya masuk kedalam kereta untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan telah merampas semua telefon bimbit milik pengadu dan akibat tindakan tersebut menyebabkan telefon bimbit pengadu mengalami kerosakan. Semasa dalam perjalanan ke IPD Kota Kinabalu, salah seorang suspek lelaki telah mengeluarkan satu batang cota besi dan telah mengugut pengadu dengan mengatakan ‘kalau kau mengaku semua akan selesai’, ‘kau masih keras kepala tidak mengaku’.

“Siasatan juga mendapati, tiga orang suspek telah menumbuk dan menendang pengadu berkali-kali sehingga menyebabkan pengadu mengalami kecederaan dan salah seorang dari suspek telah membuat ugutan semasa berada di dalam kereta dengan memegang cota besi dan mengertak pengadu sehingga pengadu mengalami ketakutan.

“Setibanya di IPD Kota Kinabalu, pengadu terus ke tandas dan mencuci darah yang melekat di baju dan selepas laporan polis dibuat, pengadu telah mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth II, dimana pengadu dalam keadaan baik dan stabil,” katanya.

Kalsom berkata, bertindak atas maklumat, tangkapan telah dilakukan keatas enam orang lelaki dan seorang perempuan yang terlibat kes ini bagi membantu siasatan di bawah seksyen 323/506 kanun keseksaan. Punca kejadian masih belum diketahui.

“Dengan tertangkapnya kesemua suspek, pihak polis percaya dapat menyelesaikan kes ini. Pihak polis turut menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih berhubung kes ini yang telah dimuat naik dan tular di platform media sosial,” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya