HomeUtamaLebih 600 kes berjaya dihasilkan KPDN Sabah tahun ini

Lebih 600 kes berjaya dihasilkan KPDN Sabah tahun ini

Read Time:1 Minute, 51 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya menghasilkan sebanyak 662 kes menerusi pemeriksaan yang dilakukan di premis perniagaan di seluruh negeri.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, kes yang dihasilkan itu adalah hasil pemeriksaan di 36,487 premis bagi tempoh Januari hingga 6 Jun lalu.

Katanya, kes yang dihasilkan itu adalah melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Nilai kompaun bagi kesemua kes yang dihasilkan adalah sebanyak RM102,100 manakala nilai rampasan adalah sebanyak RM2,148,860.35 dan nilai denda sebanyak RM121,000.

“Untuk rekod, sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) pesta Kaamatan 2023 pada 27 Mei hingga 2 Jun yang lalu, sebanyak 513 premis telah diperiksa di seluruh Sabah.

“Hasil pemeriksaan menerusi skim itu, satu kes dihasilkan atas kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 dengan nilai kompaun sebanyak RM300.00 dan nilai rampasan sebanyak RM96.00,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah perundangan yang ditetapkan.

Katanya, KPDN sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan berkaitan salah laku peniaga.

Terdahulu, KPDN Sabah telah melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan premis perniagaan di premis-premis tumpuan pengguna di sekitar Penampang dan Kota Kinabalu pada hari ini.

Pemeriksaan ini dijalankan bagi mengawal selia barangan keperluan asas serta barang kawalan terutamanya minyak masak, ayam dan telur ayam di setiap peringkat rantaian supaya sentiasa mencukupi dan mudah diperolehi oleh pengguna.

Georgie berkata, hasil pemeriksaan mendapati peniaga mematuhi perundangan dibawa seliaan KPDN serta barangan keperluan asas dan barang kawalan ada di pasaran.

Katanya, pegawai-pegawai penguat kuasa KPDN Sabah akan sentiasa berada di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan.

“Ini adalah sebagai langkah memastikan keberadaan bekalan di pasaran mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga yang telah ditetapkan.

“Pada masa yang sama, penguatkuasaan secara berhemah juga dilaksanakan dengan memberi pendidikan, nasihat dan amaran kepada para peniaga supaya mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa dan mengamalkan perniagaan yang beretika,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Perbezaan, kepelbagaian budaya tidak halang rakyat tingkat semangat perpaduan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya