HomeUtamaSentiasa jaga kesihatan, beri fokus kepada urusan ibadah haji - Shahelmey

Sentiasa jaga kesihatan, beri fokus kepada urusan ibadah haji – Shahelmey

Read Time:48 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Putatan : Bakal jemaah haji khususnya dari negeri ini diingatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan sepanjang berada di tanah suci.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, bakal jemaah haji juga diingatkan untuk memberi fokus kepada segala urusan ibadah haji kelak.

“Hari ini (semalam) kita telah mengadakan majlis ringkas bagi bertemu dengan seramai 76 bakal jemaah haji dari Parlimen Putatan.

“Dalam kesempatan ini, kita juga berkongsi pandangan dan berpesan agar para jemaah haji akan menjaga kesihatan mereka semasa berada di tanah suci selain memberi fokus kepada segala urusan amal ibadah haji sewaktu berada di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada jemaah haji Parlimen Putatan di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan turut mendoakan agar para bakal jemaah haji selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Penerbangan pertama bakal jemaah haji Sabah dijadualkan akan berlepas 10 Jun ini melibatkan 142 orang dari kawasan Pantai Barat.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya