AJK Parti Warisan Bahagian KK umum keluar parti secara kolektif hari ini

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:2 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian Kota Kinabalu Parti Warisan mengumumkan keluar parti secara kolektif berkuat kuasa hari ini.

Menerusi satu kenyataan media hari ini, hampir semua jawatankuasa Bahagian Kota Kinabalu Parti Warisan, yang diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas merangkap Ketua Bahagian Tanjung Aru Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Awang Ahmad Sah bersama Setiausaha Bahagian Tanjung Aru (Gagasan Rakyat) Judy Hiew bertemu dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di kediaman Sri Gaya bagi tujuan mengumumkan keluar Parti Warisan dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah dan menyokong penuh kerajaan perpaduan Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Ahli Jawatankuasa berkenaan menyatakan bahawa pilihan raya umum telah berakhir, dan rakyat telah membuat keputusan dengan undi mereka bagi kerajaan pusat dan Sabah membentuk kerajaan perpaduan.

“Tugas pertama adalah mendokong dan menyokong penuh kerajaan perpaduan menumpukan perhatian kepada tadbir urus.

“Sebelum ini, di bawah kesan wabak Covid-19 yang teruk, ramai orang hidup dalam kesusahan, tetapi kini keadaan wabak telah bertambah baik, dan pasaran telah mula dibuka dan bertambah baik.

“Sebarang pertikaian politik harus menunggu sehingga penggal penuh diselesaikan baru bersaing. Buat masa ini, perlu difikirkan bahawa rakyat boleh bekerja dan berniaga dalam suasana politik negara yang stabil, satu-satunya harapan rakyat ialah politik negara dapat stabil, dan mereka juga sudah bosan dengan ketidakstabilan negara yang disebabkan oleh pertikaian politik,” kata kenyataan itu.

Dalam pertemuan itu, Ketua Menteri secara khusus menyebut bahawa beliau sedang berusaha keras untuk menyelesaikan masalah air masin di Sandakan secepat mungkin, agar penduduk setempat mendapat air bersih.

“Pada masa sama, Ketua Menteri mahu menarik lebih banyak pelaburan asing bagi meningkatkan lebih banyak peluang pekerjaan dan mengelak anak muda tempatan berhijrah ke Semenanjung atau ke luar negara untuk bekerja.

“Selain itu, ketua menteri juga menyatakan bahawa beliau akan melakukan yang terbaik untuk mewujudkan Sabah yang lebih baik dan makmur,” kata kenyataan itu lagi.

Ahli-ahli yang mengumumkan keluar dari Bahagian Kota Kinabalu Parti Warisan termasuklah Nicholas Chak (Ahli Majlis Tertinggi Warisan merangkap Timbalan Ketua Kota Kinabalu), Dato David Chong (Naib Ketua Kota Kinabalu), Faridah Binti Wasli (Ketua Wanita Kota Kinabalu merangkap Ketua Cawangan Likas Barat), Maxxy Loo (Timbalan Ketua Wira Warisan merangkap Ketua Wira Kota Kinabalu), serta juga ahli jawatankuasa bahagian Kota Kinabalu Norsham bin Wasli, Nurul Akmal, Yim Woei Cherng (juga Setiausaha Wira Kota Kinabalu), Timothy Hill (AJK Wira Warisan), Rickcy Lim (juga Ketua Cawangan Damai), Jack Chin (juga Naib Ketua Cawangan Damai), Christiana Yong (juga Timbalan Ketua Wanita Kota Kinabalu), Pungut Jouya dan Mohd Khairul (juga Timbalan Ketua Wira Kota Kinabalu dan Ketua Cawangan Likas Selatan), Nicholas Tan (juga Ketua Cawangan Sunny Golden).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *