HomeUtamaPolis berkas empat suspek cederakan Timbalan Menteri Sarawak 

Polis berkas empat suspek cederakan Timbalan Menteri Sarawak 

Read Time:1 Minute, 4 Second

KUCHING: Polis berjaya memberkas empat individu warga tempatan disyaki terlibat dalam kes mencederakan timbalan menteri Sarawak di lokasi berasingan hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, kesemua suspek itu berjaya ditangkap oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching awal pagi tadi.

Menurutnya, lokasi tangkapan keempat-empat suspek itu ialah di kawasan Tabuan Hilir, Semariang, Petra Jaya dan Jalan Simpang Tiga, Kuching.

“Turut dirampas daripada suspek ialah kereta Volkswagen berwarna putih di Taman Sukma, Jalan Sultan Tengah Kuching yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

“Hasil semakan ke atas semua suspek berumur antara 23 hingga 32 tahun itu, mereka mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu Azman berkata, ujian saringan ke atas air kencing suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah jenis Methampethamin manakala seorang positif ganja.

“Reman ke atas suspek telah diluluskan oleh majistret selama empat hari sehingga 8 Jun 2023 untuk membantu siasatan kes.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan hukuman penjara selama tempoh sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya,” tegas Azman.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan arahan tuduh di mahkamah,” tambahnya.  

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya