HomeUtamaSabah sentiasa sokong usaha murni papar budaya, warisan Malaysia

Sabah sentiasa sokong usaha murni papar budaya, warisan Malaysia

Read Time:1 Minute, 49 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha murni pelbagai pihak dalam memaparkan budaya dan warisan Malaysia kepada generasi akan datang.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib berkata, ia dapat dilihat menerusi penganjuran Miss Kebaya Nusantara yang dianjurkan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Sabah.

“Usaha MTPN menganjurkan Miss Kebaya Nusantara ini adalah sebahagian contoh bagaimana kita dapat memelihara dan mendidik masyarakat tentang asal usul budaya kita.

“Kebaya juga wajar diketengahkan secara meluas kerana ianya mampu menjana pendapatan lumayan buat peniaga dan juga sekaligus menjana ekonomi kerana saya berpendapat bahawa baju kebaya mempunyai ciri-ciri unik yang menjadi daya tarikan pelancong asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pengguna- Miss Kebaya Nusantara MTPN Sabah 2023 di Auditorium Kompleks JKKN Sabah di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Maria David.

James berkata, pihaknya turut mengalu-alukan inisiatif MTPN dalam usaha menyumbang dan membantu sektor ekonomi, pelancongan, kebudayaan dan kesenian khususnya di Sabah.

Katanya, Miss Kebaya Nusantara MTPN Sabah 2023 bukan sahaja medium mempromosi dan mengangkat kebaya ke persada antarabangsa, bahkan ia sebagai platform untuk memperkenal busana tradisional ini kepada generasi muda agar khazanah warisan ini terus dipelihara.

“Perkembangan pesat fesyen tanah air pada masa kini adakalanya menyebabkan masyarakat khususnya generasi muda lupa kepada busana tradisional seperti kebaya yang seharusnya menjadi lambang kebanggaan dan kemegahan tersendiri.

“Kebaya adalah rekaan yang tidak lapuk ditelan zaman kerana rekaannya boleh disuntik dengan pelbagai elemen moden menjadikan busana ini mempunyai nilai estetika yang tinggi, apatah lagi ia adalah warisan negara dan       orang muda perlu menghargai warisan ini,” katanya.

Tambahnya, Kebaya juga tidak seharusnya hanya dijadikan pakaian ketika menghadiri majlis keramaian sahaja, tetapi ia merupakan pakaian tradisional yang mempunyai nilai        warisan dan keunikannya       tersendiri.

“Justeru, ia wajar dibanggakan dan dipertahankan. Sehubungan itu, adalah menjadi harapan agar usaha berterusan dilakukan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa termasuklah MTPN dalam memelihara khazanah ini dan paling penting kita tidak mahu orang muda melupakan busana tradisional  yang menjadi sebahagian lambang warisan budaya tempatan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya