HomeIsu tempatanUMS rangkul naib johan, anugerah ‘Women in Tech’ di pertandingan Huawei ICT

UMS rangkul naib johan, anugerah ‘Women in Tech’ di pertandingan Huawei ICT

Read Time:1 Minute, 3 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah (UMS) muncul naib johan dalam Huawei ICT Competition Global Final 2022-2023 yang berlangsung di Shenzhen Bantian Huawei Base, China, baru-baru ini.

UMS diwakili oleh tiga pelajar Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI) iaitu Lau Liyi, Ng Chi Yan dan Soh Hiu Man dan dipimpin oleh pensyarah kanan FKI, Dr. Tan Soo Fun.

Selain muncul naib johan, UMS turut menerima anugerah khas ‘Women in Tech’.

Menurut Tan, pengiktirafan ‘Women in Tech’ itu diberikan bertujuan memberi inspirasi kepada peserta wanita untuk terlibat secara aktif dalam inovasi teknologi, menggalakkan pertumbuhan industri ICT serta mempromosikan keterangkuman sosial.

Selain itu katanya pengiktirafan itu bagi menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), serta mewujudkan masyarakat yang lebih pelbagai serta inklusif.

“Pertandingan yang berakhir pada 27 Mei yang lalu telah menyaksikan penyertaan seramai 120,000 pelajar dari lebih 2,000 universiti dan kolej yang merangkumi 74 negara dan rantau.

“Pencapaian Pasukan UMS dalam pertandingan ini diharap akan memberi inspirasi kepada semua pelajar di samping memberi penekanan pentingnya mempromosi kepelbagaian gender dalam bidang teknologi.

“Dengan dedikasi para peserta, pasukan UMS tidak hanya telah membawa pengiktirafan kepada diri mereka sendiri tetapi juga telah memacu reputasi universiti dan negara di arena global ICT,” katanya.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular