Sylvilina juara pertandingan CP Voice Up! sempena Pesta Kaamatan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 34 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Anak kelahiran Tambunan, Sylvilina Bily,26, berjaya menjuarai pertandingan CP Voice UP! yang diadakan di Palm Square Centre Point di sini baru-baru ini.

Beliau yang membawakan dua buah lagu ‘Gompizon Ku Piombohutan Toh’ dan ‘Lamazo Tadau Kaamatan’ itu turut menewaskan tujuh lagi finalis lain pada peringkat akhir pertandingan.

“Saya terkejut dengan kemenangan ini dan tidak sangka untuk menang.  Saya sangat gementar sebelum pertandingan kerana saya perlu menjadi peserta pertama membuat persembahan untuk pertandingan ini.

“Terima kasih semua yang menyokong saya sepanjang karier nyanyian saya. Terima kasih, Centre Point Sabah kerana menganjurkan acara ini semasa musim Kaamatan,” katanya.

Dengan kemenangan itu, Sylvilina berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1,000, trofi, dan sijil.

Sementara itu, naib juara dimenangi Ackley Arthur Amin dari Tamparuli, dan tempat ketiga dimenangi Michelle Kasianus dari Keningau.

Kedua-dua mereka membawa pulang masing-masing RM500 dan RM300 beserta trofi dan sijil.

Finalis lain bagi kategori dewasa adalah Joel Moikon, Juneka Majin, Denno Roy, Adrian Dauli dan Jester Jeffry, semuanya membawa pulang RM50 dan sijil.

Selain itu, Edmond Mimming dari Penampang telah dinobatkan sebagai pemenang CP Voice Up! Pertandingan Nyanyian Kaamatan 2023 bagi kategori remaja.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta trofi. Daryl Damian (Penampang) dan Cathelline Anne Jastin (Kota Belud) menduduki tempat kedua dan ketiga, masing-masing dengan hadiah wang tunai RM300 dan RM200 beserta trofi.

Erie Claire Rudy, Huelva Jonius, Abigail Gabrielle Aik, Muhamad Shaffie dan Petrova Catherina Justin merupakan finalis lain dalam kategori remaja yang membawa pulang hadiah wang tunai RM50 berserta sijil.

Ackley Arthur Amin juga dianugerahkan Persembahan Terbaik bagi Kategori Dewasa dan Cathelline Anne Jastin bagi Kategori Remaja dengan hadiah wang tunai RM200 dan RM100 tajaan kedai Page One, hamper bernilai RM250 setiap satu tajaan Kadaiku, trofi dan sijil. Pertandingan nyanyian itu turut ditaja oleh KK Drinks dan TLS Marketing. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *