1,500 pain darah disasar dikutip sempena Hari Penderma Darah Sedunia

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:54 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Sebanyak 1,500 pain darah disasarkan untuk dikutip sempena sambutan Hari Perderma Darah Sedunia 2023 peringkat negeri Sabah pada 11 Jun ini.

Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dalam satu kenyataan berkata, program yang akan dianjurkan bersama Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) itu turut akan melibatkan 17 daerah di seluruh Sabah.

“Majlis pelancaran dijangka akan disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk James Ratib pada 11 Jun ini bertempat di Tapak Pasar Malam Daerah Keningau.

“Selain itu, beberapa anugerah juga akan turut disampaikan pada sambutan itu nanti,” menurut kenyataan itu di sini kelmarin.

BSMM berkata, sambutan program ini turut di sokong oleh beberapa agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti  Lions Club International 308-A2, JCI Area Sabah, Majlis Belia Sabah, Pusat Darah Negara, Ibu Pejabat Kebangsaan BSMM, Persatuan Thalesiamia Sabah dan  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi Leslie Chan (013-9913119) selaku Pengerusi JK Program Darah BSMM Negeri Sabah merangkap Pengerusi Penganjur Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2023 Peringkat Negeri Sabah. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *