Anifah dianugerahkan gelaran Tan Sri

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:48 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur : Ahli Dewan Negara Senator Datuk Seri Anifah Aman dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Penganugerahan itu adalah sempena Hari Keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Bekas Menteri Luar itu adalah antara 26 individu yang menerima darjah kebesaran PSM pada istiadat penganugerahan di Istana Negara.

Selain Anifah, turut dianugerahkan darjah kebesaran PSM ialah Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli; Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Patmanathan dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh.

Selain itu, bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut dianugerahkan darjah kebesaran sama.

Terdahulu,seramai 839 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan 2023 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *