HomeUtamaTun Juhar hadir majlis jamuan teh sempena Hari Keputeraan Agong

Tun Juhar hadir majlis jamuan teh sempena Hari Keputeraan Agong

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu :  Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin hari ini menghadiri Majlis Jamuan Teh sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in. 

Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni tiba di Dewan Seri Kinabalu pada jam 3 petang dan diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Juliah Salag. 

Majlis tersebut juga dihadiri Timbalan-timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri  Dr. Joachim Gunsalam dan isteri, Datin Seri Panglima Cecilia Edwin Kitingan dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Ariffin Mohd Arif dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin.

Selain itu, turut hadir adalah Pembantu-pembantu Menteri dan isteri masing-masing, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong dan isteri, Datin Seri  Dr. Nuinda Alias, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Turut meraikan sambutan ulang tahun Al-Sultan Abdullah di Istana Seri Kinabalu ialah Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan dan isteri, Ibu Oryza Sativa, Konsulat Agung Negara Brunei Darussalam, Awang Hipni Matarsad, Kaunselor Jepun di Kota Kinabalu, Shiho Kako, Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu, Huang Shifang.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya