HomeUtamaDua pesakit terima kornea menerusi transplan organ keempat di Sabah

Dua pesakit terima kornea menerusi transplan organ keempat di Sabah

Read Time:1 Minute, 28 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang meninggal dunia kerana masalah perubatan menjadi penderma organ keempat di Sabah pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, lelaki berkenaan iaitu mendiang Zeno Linos disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini baru-baru ini.

“Setelah keluarga dimaklumkan mengenai pilihan untuk menderma organ, pihak keluarga telah bersetuju mendermakan mata (sepasang kornea) kepada pesakit yang memerlukan.

“Prosedur pendermaan kornea telah disempurnakan dan kemudian berjaya ditransplan ke atas dua orang pesakit di HQE. Kedua-dua penerima tersebut kini dalam proses penyembuhan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dr Rose Nani berkata, mendiang yang berketurunan Dusun merupakan anak kelima daripada tujuh beradik dan belum berkahwin.

Katanya, mendiang yang berasal dari Kampung Kokol Manggatal telah memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kokol dan seterusnya ke peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manggatal. 

“Mendiang kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat diploma di Politeknik Kota Kinabalu. Pekerjaan terakhir mendiang adalah sebagai tukang masak di salah sebuah restoran di Pusat Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata, mendiang juga merupakan seorang anak yang taat dan baik hati serta rajin membantu keluarga seperti membantu menjaga ibunya dan membersihkan sayur-sayuran untuk dijual di tamu.

“Walaupun sedih di atas kehilangan orang tersayang, pihak keluarga bersyukur di atas peluang menjalankan kebaikan sebagai tanda cinta kasih daripada Tuhan dan berharap agar menjadi contoh kepada masyarakat khususnya di Sabah mengenai pendermaan organ,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan takziah dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak keluarga di atas anugerah kehidupan yang diberikan.

“Semoga roh mendiang diberkati dan pihak keluarga tabah menghadapi kehilangan ini, “katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular