HomeUtamaPM ucap tahniah  sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang Di - Pertuan Agong 

PM ucap tahniah  sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang Di – Pertuan Agong 

Read Time:47 Second

BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda esok. 

Anwar, bagi pihak Kerajaan Perpaduan, turut mendoakan agar Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat, hidayah, berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0qnuWkCt8EEwt2msmD3DY6585spTfMvZkGkDteLtpV9mkUzB5Fhd7QUZ6bf1Fu53Yl&id=100044147303672&mibextid=jf9HGS

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini. 

Perdana Menteri turut berharap agar Seri Paduka kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara selaras fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam, lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di Malaysia. 

RELATED ARTICLES
Utama

Nashraff, Nadirah dinobatkan johan qari dan qariah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya