HomeUtamaVictor Sanjos Komander Esscom baharu

Victor Sanjos Komander Esscom baharu

Read Time:36 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan penyerahan tugas daripada DCP Mohd Ali Tamby kepada DCP Victor Sanjos sebagai Komander Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom) yang baharu.

Mohd Ali yang baru menggantikan DCP Datuk Hamzah Ahmad pada 18 Mei lalu dan akan ke Kelantan untuk mengambil alih jawatan Victor sebagai Timbalan Ketua Polis. Pelantikan Victor bermula 3 Julai.

Majlis ringkas itu diadakan di Menara Kinabalu dekat sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Penolong
Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Datuk Awang Shahminan Awang Sahari, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalaman Bukit Aman dan Ketenteraman Awam Datuk Hazani Ghazali dan pegawai kanan Esscom .

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya