HomeSukanCifu sah berhijrah di Sabah

Cifu sah berhijrah di Sabah

Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Bekas pemain import Kelantan FC Miguel Ángel Garrido Cifuentes atau Cifu sah ‘berhijrah’ ke Sabah bagi menyertai kesebelasan utama skuad Badak menjelang jendela perpindahan Liga Malaysia, Julai ini. 

Menerusi satu hantaran di Facebook Sabah FC, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu mengalu-alukan kedatangan pemain berusia 32 tahun yang berasal dari Sepanyol.

Meskipun belum ada kenyataan rasmi daripada pengurusan Sabah FC namun hantaran itu sudah cukup untuk mengesahkan kedudukan pemain itu.

“Memperkenalkan tambahan terbaharu Sang Badak, Miguel Ángel Garrido Cifuentes atau turut dikenali sebagai Cifu! Dilahirkan pada 5 Oktober 1990 di Zujar, Granada, Andalusia, Cifu adalah seorang pemain serba boleh yang muncul melalui persediaan remaja Elche CF di Sepanyol.

“Dia membawa kemahiran yang hebat sebagai pemain sayap kanan, bek kanan dan pemain tengah kepada pasukan kita. Mari mengalu-alukannya ke keluarga Sabah FC! Vamos Amigo!!,” kata hantaran di Facebook Sabah FC, di sini malam tadi.

Cifu sebelum ini bersama pasukan Kelantan sejak Februari lalu dengan perlawanan terakhirnya bersama pasukan The Red Warrior (TRW) itu ketika menentang Kelantan United yang menyaksikan Kelantan tewas 4 – 1 pada 2 Jun lalu.

Selain Sabah FC, Cifu sebelum ini turut dikhabarkan diintai beberapa pasukan lain dalam Liga Super, termasuk Terengganu FC bagi memperkuat pasukan masing-masing dalam menghadapi baki perlawanan Liga Super 2023 yang kini memasuki pusingan kedua.

Difahamkan, Cifu sudah mula menyertai sesi latihan bersama pemain sedia ada Sabah FC, namun dijangka hanya diturunkan selepas jendela perpindahan dibuka bulan depan.

Sabah FC bakal bertemu PDRM FC pada pusingan kedua iaitu perlawanan ke-14 Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) esok. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Piala SMJ : Persiapan Sabah FC untuk lihat kekuatan, kelemahan pasukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya