HomeEkonomiEksport Sabah catatkan peningkatan 32.2 peratus

Eksport Sabah catatkan peningkatan 32.2 peratus

Read Time:1 Minute, 9 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu: Eksport Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 32.2 peratus pada tahun lalu dan telah menunjukkan prestasi positif bagi sektor eksport.

Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Abu Bakar Yusof berkata, prestasi eksport itu adalah dengan nilai RM50 bilion, berbanding RM38.16 pada tahun sebelumnya.

“Pada tahun 2022, Sabah mencatatkan peningkatan 32.2 peratus eksport, begitu juga dari segi jumlah dagangan Sabah dengan negara luar meningkat sebanyak 30 peratus.

“Ini adalah satu perkembangan positif serta memberangsangkan dan Matrade akan terus membantu kerajaan Sabah dalam membangunkan usahawan tempatan bagi mempertingkatkan lagi eksport mereka ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Abu Bakar berkata, Sabah mempunyai sumber asli yang besar dan industri utama eksport termasuk produk berasaskan minyak kelapa sawit dan petroleum.

“Kita turut melihat potensi dalam produk lain seperti makanan dan minuman, produk penjagaan diri dan kosmetik yang boleh dieksport dari Sabah ke luar negara,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, Matrade dengan kerjasama kerajaan negeri akan mengadakan Hari Eksport Peringkat Negeri Sabah 2023 yang dijangka berlangsung pada hujung tahun ini dan bertujuan untuk mengembangkan lagi sektor eksport di Sabah.

Hadir sama dalam kunjungan tersebut Timbalan Pengarah Unit X-Seed Shah Nizam Ahmad dan Pengarah Matrade Sabah Ravidran Manogaran.

RELATED ARTICLES
Utama

Jangan terikut-ikut provokasi pihak pertikai perlantikan Tun Musa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular