HomeUtamaSPRM beku 192 akaun bernilai RM39 juta milik bekas menteri kanan, 2...

SPRM beku 192 akaun bernilai RM39 juta milik bekas menteri kanan, 2 Tan Sri 

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa mereka sudah membekukan sejumlah 192 akaun bank bernilai RM39 juta milik bekas menteri kanan dan dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri.

Tindakan itu dilakukan bagi siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001), susulan dakwaan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion.

Kata SPRM, akaun bank berjumlah melebihi RM39 juta membabitkan 192 akaun terdiri daripada 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

“SPRM kini sedang giat memperoleh maklumat dalam siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana negara berjumlah anggaran RM2.3 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

SPRM berkata, pihak juga menjalankan tindakan penggeledahan di kediaman bekas menteri kanan dan dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri itu.

Katanya, dua ahli perniagaan itu juga sudah dirakamkan percakapan.

“SPRM merakam pernyataan dua individu bergelar Tan Sri berkenaan selain membuat penggeledahan di kediaman serta premis-premis berkaitan membabitkan bekas menteri kanan dan ahli perniagaan berkenaan, kelmarin.

“Kesemua mereka juga sudah diserahkan notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bagi tindakan-tindakan itu dan susulan itu beberapa dokumen berkaitan kes yang diperoleh,” katanya

RELATED ARTICLES
Utama

130 calon STPM 2023 di Sabah dapat PNGK 4.00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular