HomeUtamaMelapor, membayar cukai secara sukarela bukti rakyat sayangkan negara

Melapor, membayar cukai secara sukarela bukti rakyat sayangkan negara

Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Tindakan pematuhan bagi melapor dan membayar cukai secara sukarela menggambarkan bahawa rakyat di negara ini mempunyai tanggungjawab serta sayangkan negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Wan Ramiza Wan Ghazali berkata, menyedari kepentingan itu, pihaknya telah berusaha menyediakan beberapa program pendidikan percukaian seawal di peringkat persekolahan.

Katanya, ia termasuklah mengenai kepentingan dan fungsi pentadbiran cukai negara sebelum mereka menempuh alam pekerjaan. 

“Generasi muda perlu memahami bagaimana suntikan kewangan menerusi instrumen cukai ini berupaya memakmur dan mensejahterakan negara. 

“Kesejahteraan negara ini bukan hanya kemudahan fizikal yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat seperti bantuan pendidikan, perubatan dan infrastruktur jalan raya sahaja, tetapi turut melangkaui kepada suasana kestabilan ekonomi, politik, sosial dan keselamatan negara.

“Mengambil contoh mudah, pada pembentangan Bajet 2023 yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion bagi tujuan meningkatkan kualiti pendidikan negara.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Hasil Your Tax Buddy @ IPT Peringkat LHDN Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr. Kasim Md. Mansur  dan Pengarah LHDN Sabah Datuk Hajam Lajah Alam.

Wan Ramiza berkata, kecemerlangan mahasiswa dalam pendidikan juga turut dibantu oleh hasil cukai yang dibayar melalui menyumbang kepada subsidi yuran pengajian yang ditanggung Kerajaan.

“Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan menyayangi negara, kesedaran cukai perlu ditanam dalam diri kita bagi memastikan kenikmatan yang kita miliki hari ini, turut dikongsi bersama dengan generasi anak cucu kita akan datang,” katanya.

Terdahulu, program itu disertai seramai 100 orang peserta dan 30 ahli jawatankuasa dari UMS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular