HomeUtamaAmbil peluang, kestabilan politik ketika ini untuk perkukuhkan PBS - Dr. Joachim

Ambil peluang, kestabilan politik ketika ini untuk perkukuhkan PBS – Dr. Joachim

Read Time:1 Minute, 13 Second

TAMBUNAN: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam mengajak semua pemimpin dan ahli parti untuk bergerak ke hadapan dengan penuh yakin dan berani dalam meneruskan perjuangan pimpinan terdahulu.

Di samping itu, beliau meminta mereka agar mengambil sebanyak mungkin peluang daripada kestabilan politik ketika ini untuk terus memperkukuhkan kedudukan parti di negeri ini.

“PBS kini sudah berusia 38 tahun. Kita sudah cukup matang…para pemimpin terdahulu sangat jelas dan terbukti dalam memperjuangkan parti dan kini tiba masanya kita melangkah ke hadapan dengan penuh yakin dan berani dalam meneruskan perjuangan parti,” katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-38 PBS Bahagian N.39 Tambunan yang diadakan Dewan Keluarga Angkangon pada Sabtu (10 Jun).

Seramai 200 orang perwakilan dan pemerhati hadir ke AGM berkenaan dan Dr. Joachim mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Bahagian PBS Tambunan, Datuk Daniel Kinsik atas penganjuran AGM ini.

Dr. Joachim juga Timbalan Ketua Menteri berkata, PBS akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan politik yang ada dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam meneruskan momentum kestabilan politik semasa ketika ini.

Menurutnya kestabilan politik juga amat perlu dalam menentukan keadaan politik PBS di masa hadapan.

Justeru, beliau mengajak semua pemimpin dan ahli untuk terus bekerja keras dalam meneruskan kegemilangan parti tertua di Sabah ini.

“Kalau semua bertanggungjawab dalam parti saya percaya kita akan terus bangkit dan gemilang,” kata Dr. Joachim.

Turut hadir, Ketua Bahagian Tulid, Datuk Suman Yasambun dan PBS Bahagian Kadamaian, Demis Rumanti serta Exco-exco Pemuda dan Wanita.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya