HomeIsu tempatanAPMM Tawau ingatkan pengguna pengangkutan laut guna jaket keselamatan

APMM Tawau ingatkan pengguna pengangkutan laut guna jaket keselamatan

Read Time:1 Minute, 6 Second

BERNAMA

Tawau: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau mengingatkan orang ramai yang menggunakan pengangkutan laut, termasuk nelayan agar tidak alpa terhadap penggunaan jaket keselamatan ketika berada dalam bot atau perahu.

Pengarahnya Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata penggunaan jaket keselamatan amat penting demi keselamatan mereka, sekali gus mengelak musibah ketika berada di perairan.

“Kita tidak mahu berlaku tragedi bot karam seperti di perairan Sungai Melayu, Pulau Sebatik pada Jumaat lepas yang mana penumpang didapati tidak memakai jaket keselamatan.

Perkara itu merupakan hasil analisis APMM sehingga menyebabkan mangsa gagal menyelamatkan diri dan akhirnya kehilangan nyawa,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Hari Kesedaran dan Keselamatan Maritim anjuran APMM Zon Maritim Tawau di sini hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lepas, mangsa lelaki dikenali sebagai Abdul Rahim Kasil, 56, hilang, manakala, isterinya Nurlina Aripin, 52, terselamat, namun cedera di kaki selepas bot dinaiki mereka karam akibat perlanggaran dengan objek tenggelam.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian pagi semalam iaitu pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan pihak berkuasa bersama penduduk setempat.

Dalam pada itu, Shahrizan berkata sehingga 31 Mei tahun ini, APMM Zon Maritim Tawau sudah melakukan 23 kes tangkapan ke atas pelbagai kesalahan, antaranya di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Perikanan 1985, termasuk penyeludupan pendatang asing.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular