HomeLuar negaraArab Saudi ulangi amaran hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit

Arab Saudi ulangi amaran hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit

Read Time:57 Second

BERNAMA
Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Riyadh: Kerajaan Arab Saudi mengulangi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah.

Jabatan Keselamatan Awam Arab Saudi berkata jemaah haji tanpa permit bakal berdepan dengan hukuman penjara, denda dan larangan memasuki negara berkenaan selama 10 tahun jika disabitkan kesalahan.

“Mana-mana rakyat tempatan yang ditahan membawa jemaah haji tanpa permit pula bakal berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan dan denda sehingga SAR50,000 (RM61,600) bagi setiap kesalahan”, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Menurut kenyataan itu, pesalah dalam kalangan warga asing pula akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas selesai menjalani hukuman dan membayar denda, selain dihalang daripada memasuki Arab Saudi bagi tempoh yang ditetapkan”.

Arab Saudi mula mengenakan hukuman tegas bagi kesalahan operasi haji tanpa permit sejak tahun 2013.

Hukuman bagi pesalah warga asing termasuklah dihantar pulang serta-merta dan disenarai hitam daripada memasuki Arab Saudi selama 10 tahun.

Walaupun Arab Saudi membenarkan pemegang semua jenis visa menunaikan umrah sepanjang tahun, namun visa ini adalah terpakai di luar musim haji sahaja. –  BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya