HomeIsu tempatanOrang ramai dipelawa hadir meriahkan Kempen Derma Darah di Tenghilan

Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Kempen Derma Darah di Tenghilan

Read Time:1 Minute, 1 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tenghilan :  Orang ramai adalah dipelawa untuk hadir memeriahkan Kempen Derma Darah yang akan diadakan bertempat di Dewan SRA Pekan Tenghilan di sini esok.

Program anjuran Persatuan Pesara Kerajaan Sabah (PPKS) dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth II dan Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tamparuli itu akan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Program derma darah yang dianjurkan pada Februari lalu

Ketua Pergerakan Pemuda PBS Bahagian Tamparuli, Rizkam Wenddy Yabin berkata, kempen itu juga merupakan yang kedua dilaksanakan selepas berjaya dianjurkan pada Februari lalu.

Katanya, aktiviti itu adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kebaikan menderma darah.

“Selain itu, kempen ini juga dapat menanam sifat keprihatinan terhadap penderitaan insan dan memerlukan dalam kalangan masyarakat.

“Mana-mana program berkaitan derma darah sudah tentulah bertujuan meningkatkan kesedaran tentang perlunya sentiasa mempunyai tubuh badan sihat dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat,”katanya.

Program itu juga dijangka akan turut dihadiri Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli Datuk Jahid Jahim  bagi memberikan sokongan kepada program tersebut.

Justeru, beliau berharap agar lebih ramai para penderma hadir untuk menderma darah bagi membantu hospital yang memerlukan sumbangan darah daripada para penderma budiman. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lelaki warga Korea didakwa guna dokumen palsu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular