HomeUtamaPengujian siren amaran awal tsunami dilaksana di dua lokasi

Pengujian siren amaran awal tsunami dilaksana di dua lokasi

Read Time:43 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) akan dilaksanakan di dua lokasi di Sabah dan Labuan esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, dua lokasi bagi pengujian siren itu adalah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Balai Bomba Layang-Layangan Labuan.

“Bagi pengujian di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, ianya akan bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

“Manakala bagi pengujian di Balai Bomba Layang-Layangan Labuan pula ianya akan dilaksanakan bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang esok,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

MetMalaysia turut menasihati penduduk di kawasab sekitar agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

NGO selar individu tidak serah maklumat kepada SPRM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular