HomeUtamaDestini SMJ Anak Muda Sabah mampu menjadi ruang golongan muda kemuka pandangan

Destini SMJ Anak Muda Sabah mampu menjadi ruang golongan muda kemuka pandangan

Read Time:1 Minute, 24 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Program Destini Sabah Maju Jaya (SMJ) Anak Muda Sabah mampu menjadi platform kepada golongan muda khususnya pelajar universiti untuk mengemukakan pandangan dan aspirasi masing-masing.

Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri Sabah Azrul Ibrahim berkata, pandangan dan aspirasi anak muda itu juga mampu membawa Sabah lebih maju kehadapan.

“Kita telah menyediakan pelbagai platform kepada pelajar, selain dari Destini SMJ Anak Muda Sabah ini, kita juga turut mengadakan ‘engagement’ secara formal dan tidak formal.

“Dan pada masa akan datang, kita akan melihat bagaimana platform ini boleh kita jadikan sebagai medium untuk kita mengangkat suara pelajar-pelajar ini ke pengetahuan Ketua Menteri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Destini SMJ Anak Muda Sabah di sini hari ini.

Program itu turut dihadiri Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Fairuz Renddan.

Azrul berkata, kemuncak kepada program ini adalah melalui Majlis Perundingan Pelajar Sabah yang akan diadakan pada minggu hadapan.

“Majlis perundingan ini dijangka akan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan beliau akan mendengar sendiri pandangan aspiras daripada pelajar. 

“Sudah pasti isu-isu yang dibawa melalui Destini SMJ ini juga akan dipanjangkan pada majlis perundingan itu nanti,” katanya.

Sementara itu, Fairuz ketika ditemui berkata, selain penerangan tentang hala tuju SMJ, program itu juga memberi penerangan tentang pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan negeri kepada rakyat dan golongan belia.

“Disamping itu, kita mendengar pandangan dan persoalan daripada mahasiswa. Alhamdulilah setakat ni program ini sampai kepada sasaran kita.

“Mudah-mudahan hari ini, para peserta dapat memahami seterusnya boleh menyampaikan apa sebenarnya hala tuju SMJ itu kepada masyarakat di luar sana,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mayat lelaki warga Sweden ditemui dalam kapal pelayaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular