HomeUtamaKerajaan dalam peringkat akhir memuktamadkan RUU Ombudsman Malaysia 2023 - Azalina

Kerajaan dalam peringkat akhir memuktamadkan RUU Ombudsman Malaysia 2023 – Azalina

Read Time:2 Minute, 37 Second

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata, kerajaan secara prinsipnya telah bersetuju untuk menubuhkan Ombudsman Malaysia.

Katanya, buat masa ini, kerajaan berada pada peringkat akhir dalam memuktamadkan Rang Undang-Undang (RUU) Ombudsman Malaysia 2023 untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Ombudsman Malaysia yang akan dicadangkan adalah berfungsi untuk menerima, mengendali dan menyelesaikan aduan berkaitan salah tadbiran (maladministration) sistem penyampaian perkhidmatan awam persekutuan bagi meningkatkan tadbir urus yang baik (good and ethical governance) dalam perkhidmatan awam.

“Ombudsman adalah satu badan
benar-benar bebas yang mengamalkan konsep tidak memihak (impartial) dalam
menguruskan aduan (grievances) yang disalurkan oleh orang awam terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Ombudsman merupakan satu konsep yang diterima pakai dan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan 115 daripada 195 negara di dunia mempunyai institusi Ombudsman,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Azalina, RUU Ombudsman Malaysia yang sedang dipertimbangkan ini akan
memperuntukkan fungsi dan kuasa Ombudsman Malaysia dengan jelas yang merangkumi pengurusan aduan salah tadbiran di agensi Kerajaan Persekutuan, penentuan hala tuju Ombudsman Malaysia dalam mencegah salah tadbiran dalam agensi Kerajaan, pengemukaan syor tindakan pembetulan atau tindakan pencegahan kepada agensi
Kerajaan, pemantauan ke atas pelaksanaan pengurusan aduan awam oleh agensi Kerajaan
dan penyediaan serta penerbitan laporan berhubung pengurusan aduan salah tadbiran.

Selain itu, katanya, Ombudsman Malaysia menjalankan 8 fungsi susulan iaitu recommending,
reporting, planning, monitoring, evaluating, advisory, mediating and conciliating serta memulakan tindakan, kajian dan analisis bagi kes aduan atas kepentingan awam.

“Skop Ombudsman Malaysia tertumpu kepada pengurusan aduan second tier berhubung salah tadbiran dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam persekutuan.

“Undang-undang institusi agensi Kerajaan Malaysia seperti SPRM, EAIC, SUHAKAM, Jabatan Audit Negara (JAN) dan yang terkini Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijadikan sebagai rujukan untuk penetapan dasar Ombudsman Malaysia,” jelasnya.

Justeru itu tambah beliau, selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) bersama-sama dengan Biro Pengaduan Awam (BPA) mengadakan sesi libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Ahli Parlimen Kerajaan dan pembangkang, agensi-agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan
(NGO) dan civil society organisations (CSOs) dalam memuktamadkan RUU Ombudsman
Malaysia.

Menurutnya, pada 8 Mei 2023, BHEUU dan BPA telah mengadakan satu sesi libat urus bersama
agensi-agensi Kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan seperti Majlis Peguam Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS),
Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan sebagainya bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan daripada kesemua pihak.

Dalam pada itu, Azalina turut memaklumkan bahawa pada hari ini, satu sesi taklimat dengan Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan
Pembangkang telah diadakan untuk mendapatkan input dan pandangan sebagai usaha penglibatan yang bermakna (meaningful engagement) dalam memuktamadkan RUU
tersebut dengan kadar segera.

“Segala cadangan dan maklumbalas dari Ahli-Ahli Parlimen diambil maklum untuk tindakan seterusnya sekiranya perlu.

“Pihak kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Parlimen yang hadir ke sesi libat urus atas maklumbalas dan cadangan mereka.

“Penubuhan Ombudsman Malaysia ini adalah penting ke arah sistem penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap dan efektif serta Kerajaan yang lebih responsif dan adil terhadap rakyat,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular