HomeIsu tempatanEmpat institusi agama, kebajikan di Kota Belud terima sumbangan YNJ

Empat institusi agama, kebajikan di Kota Belud terima sumbangan YNJ

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Belud: Empat institusi agama dan kebajikan di sekitar daerah ini menerima sumbangan sebanyak RM20,000 dari Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Penerima terdiri daripada Madrasah Darul Ulum Kampung Pirasan, Sekolah Pondok Fii Dzilalil Quran Kampung Tamau, Pusat Pendidikan Al Fateh Kampung Rosok dan Rumah Anak Yatim Nur Taqwa.

Sumbangan itu disampaikan Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M Jasni dalam Majlis Bacaan Yasin dan Penyerahan Sumbangan Kepada Pelajar Tahfiz dan Anak Yatim di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak dekat semalam. 

Terdahulu dalam ucapannya, Toh Puan Norlidah mengingatkan umat Islam agar terus membudayakan kitab suci Al Quran.

“Kehadiran kita ke majlis ini menandakan kebersamaan kita sebagai kaum muslimin dan muslimat pendukung usaha pembudayaan membaca Al-Quran sama ada di rumah, kelas pengajian Al-Quran di masjid, surau atau kelas KAFA agar budaya membaca Al-Quran terus disemarakkan.

“Semangat inilah yang diharap terus ditingkatkan dengan tersusun dalam usaha menggembleng tenaga memupuk pembudayaan belajar dan pengajaran baca Al-Quran khasnya kepada kaum ibu dan suri rumah.

“Dengan ledakan teknologi dan media sosial, kita haruslah bijak membahagikan masa dan sediakan juga ruang untuk membaca Al-Quran setiap hari,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai 100 jemaah dari gabungan kelas takmir dan kelas al hijrah sekitar Kota Belud seperti Masjid Kg Lentigi, Masjid Kg Kulambai, Masjid Kg Sembirai, Masjid Kg Taun Gusi, Masjid Kg Pangkalan Abai dan Masjid Kg Pirasan menyertai bacaan Surah Yasin yang diketuai  Fauziah Husna Hussain dari Masjid Raudhatul Jannah Kota Belud.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Daerah, Bakri Nanun, Ketua Polis Daerah, Sharudin Mat Hussien serta rombongan YNJ.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS jadi universiti awam pertama Malaysia terima Biasiswa Kedutaan China

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular