HomeIsu tempatanHampir 1,000 peserta dijangka menyertai Program Jelajah Belia Sarawak

Hampir 1,000 peserta dijangka menyertai Program Jelajah Belia Sarawak

Read Time:1 Minute, 21 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Seramai hampir 1,000 peserta terdiri daripada belia Sarawak yang melanjutkan pengajian selain bekerja di negeri ini dijangka akan menyertai Program Jelajah Belia Sarawak Julai depan.

Program yang diakan pada 1 Julai bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu dijangka akan dirasmikan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Menteri Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abd Karim Rahman Hamzah.

Ia juga akan turut dirasmikan secara bersama Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.

Pelaksanaan program itu juga merupakan kolaborasi strategik antara Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak.

Selain itu pelbagai aktiviti menarik bakal disajikan diantaranya Sesi Iced Breaking/ MYSED, Program Motivasi Bersama Ikon Belia, Sesi Sembang “Belia,,,, Apa Kata Kitak”, Sarawak X-Tive : Demo Sukan Rakyat, Gerai Jualan Usahawan Belia, Pameran Agensi dan Kerjaya, Welcoming Lunch Jelajah Belia Sarawak dan Pocket Talk Usahawan.

Terdahulu, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawan Sarawak Morshidi Frederick memaklumkan perkara demikian dalam Mesyuarat Penyelarasan Program Belia Sarawak di sini semalam.

Mesyuaraya itu telah dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin di Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS), di sini semalam.

Selaku rakan kolaborasi, KBSS serta agensi-agensinya menyatakan ketersediaan mereka untuk memberikan kerjasama erat kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawan Sarawak bagi menjayakan program tersebut.

Terdahulu dalam mesyuarat itu turut hadir Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan, Setiausaha Tetap KBSS Datuk Mansur Asun, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Tuan Apui Jan dan Presiden Majlis Belia Sabah Abraqee Fawwaz Abekan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular