HomeUtamaEkspedisi Trans Borneo 4WD Hopo julung kali diadakan di Sabah

Ekspedisi Trans Borneo 4WD Hopo julung kali diadakan di Sabah

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Ekspedisi Trans Borneo 4WD Hopo anjuran bersama Persatuan Hopo Johor dan Persatuan Hopo Sabah merupakan ekspedisi julung kali diadakan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berterima kasih kepada kedua-dua persatuan itu kerana berjaya menganjurkan aktiviti seumpamanya di Sabah.

“Terima kasih Persatuan Hopo Johor dan Persatuan Hopo Sabah kerana menganjurkan Ekspedisi Trans Borneo 4WD Hopo, aktiviti seperti ini akan menjadikan Sabah sebagai destinasi pelancongan yang lebih dikenali kepada peserta dari Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan acara berkenaan di hadapan Pejabat Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di sini pada pagi Ahad.

Christina (tengah), diapit oleh Ng (kanan) dan Noredah, bersama pemimpin dan ahli Persatuan Hopo serta peserta ekspedisi. – Foto ihsan KePKAS

Christina turut mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana mengambil inisiatif untuk memulakan ekspedisi di Sabah buat kali pertama.

“Saya difahamkan bahawa Persekutuan Persatuan Hopo Malaysia adalah berorientasikan pelancongan, dan telah membawa pelancong ke Sabah selama bertahun-tahun.

“Dengan cara ini, mereka mempromosikan pelancongan domestik dan antarabangsa yang membawa manfaat ekonomi kepada negeri,” ujarnya.

Ekspedisi itu disertai 38 anggota Hopo menaiki 13 kenderaan pacuan empat roda (4WD), merentasi Sabah, Negara Brunei, Sarawak dan Indonesia.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Noredah Othman, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Hopo Malaysia Sai Nam On dan Setiausaha Agung Bong Yong Kim serta Presiden Persatuan Hopo Sabah Chai Jee Choon.

Christina turut bertemu beberapa ahli Hopo Singapura, Presiden Persatuan Hopo Johor Ng Guek Voon dan Timbalan Presiden Wong Chew Ming.

“Objektif ekspedisi ini adalah untuk menerokai wilayah ini dan bertemu masyarakat Hopo di Sabah, Brunei, Sarawak dan Indonesia,” kata mereka kepada Christina.

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular