HomeUtamaSegera siapkan projek terbengkalai - Ruddy

Segera siapkan projek terbengkalai – Ruddy

Read Time:1 Minute, 14 Second

PITAS: Projek terbengkalai harus segera disiapkan demi manfaat penduduk daerah ini.

Ketua Penaja Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Pitas, Datuk Seri Dr Ruddy Awah berkata, terdapat lebih kurang lima projek yang dikenalpasti tergendala lama dan seharusnya disegerakan pembinaannya.

“Antara projek yang harus dipantau untuk disiapkan segera adalah Pembinaan Balai Bomba, Rumah Perumahan Rakyat (PPR), Loji Air dan Kolam Udang Kampung Kuyuh.

“Kesemua projek ini penting kerana ia semenangnya akan bakal memberi banyak manfaat kepada rakyat Pitas bila siap kelak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian Pitas di Dataran Bengkoka yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Sabtu.

Pelancaran tersebut merupakan yang pertama disempurnakan oleh Hajiji di peringkat bahagian selepas pelancaran di peringkat negeri telah dilaksanakan 2 Mac lalu.

Ruddy turut menegaskan bahawa Gagasan Rakyat akan terus berusaha melaksanakan pelbagai pendekatan bagi meningkatkan sokongan orang ramai terhadap parti tersebut.

“Gagasan Rakyat merupakan parti tempatan yang akan mencanang dan menentukan sendiri agenda dan hala tuju mengikut cita rasa rakyat.

“Kita di Bahagian Pitas akan menggerakkan pelbagai usaha dan pendekatan bagi meningkatkan sokongan rakyat terhadap parti kerana saya yakin parti ini bakal menjadi parti dominan di Pitas sehingga di peringkat negeri.

“Ke arah itu saya menyeru agar seluruh barisan kepimpinan dan Ahli Jawatankuasa untuk terus memperkasa parti bagi mengharungi segala cabaran serta kemungkinan yang datang,” ujarnya.

Turut hadir Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan dan Ketua Beliawanis, Emmie M. Idang.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu MA63: Jabatan Peguam Besar Negeri komited pertahankan hak perlembagaan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular