HomeIsu tempatanKomuniti sekitar bandaraya KK sedia dibantu laksana Kebuniti

Komuniti sekitar bandaraya KK sedia dibantu laksana Kebuniti

Read Time:1 Minute, 14 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedia membantu komuniti sekitar bandaraya Kota Kinabalu melaksanakan Program Kebun Komuniti Bandar (Kebuniti).

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Noorliza Awang Alip berkata, bantuan yang disalurkan menerusi Jabatan Landskap adalah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan pihak DBKK.

“Pihak kita akan membantu dari segi kesesuaian tempatan selain memberi nasihat teknikal dan juga keperluan yang diperlukan seperti peralatan yang akan digunakan dan biji benih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikian Program Kebun Bandar Taman Kuala Manggatal di sini semalam.

Terdahulu ketika berucap, Noorliza berkata, DBKK sebelum ini telah melancarkan Garis Panduan Kebun Komuniti Bandaraya Kota Kinabalu pada April 2022 bagi menyokong agenda memenuhi matlamat pembangunan lestari.

“Kita juga telah berjaya menggerakkan kumpulan masyarakat bagi mewujudkan lapan kawasan kebun bandar berdaftar di sekitar bandaraya Kota Kinabalu termasuk Taman Kuala Manggatal,” katanya.

Sementara itu, pengarah program tersebut, Dr Norsyahida Md Taib berkata program itu merupakan penganjuran ketiga Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Kami bekerjasama dengan pihak DBKK untuk mencari komuniti yang betul-betul dapat membantu dalam program Kebun Bandar ini.

“Selepas ini, kami akan berbincang dengan DBKK bagi melaksanakan program seterusnya,” katanya.

Sehingga kini sebanyak lapan kawasan di bandaraya Kota Kinabalu telah melaksanakan Kebuniti.

Antaranya di Kuarters Nurseri Likas; Nurseri Likas Komuniti; Taman Kuala Manggatal; KRT Kampung Sembulan Baru; JKDB Taman Sempelang; Grace Court Apartment Community; Taska Stella Maris Tanjung Aru dan Sekolah Kebangsaan Stellah Maris Tanjung Aru. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular