HomeUtamaWanita Gagasan Rakyat perlu agresif salur penerangan kepada akar umbi - Redonah

Wanita Gagasan Rakyat perlu agresif salur penerangan kepada akar umbi – Redonah

Read Time:2 Minute, 0 Second

RANAU: Semua pimpinan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diminta lebih agresif menyalurkan penerangan mengenai hala tuju dan perjuangan kerajaan negeri dalam membela nasib rakyat.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda berkata, maklumat dan penjelasan itu penting bagi memastikan rakyat faham mengenai hasrat pucuk pimpinan kerajaan negeri sekali gus memudahkan sebarang pelaksanaan program pembangunan.

Menurut beliau, maklumat itu hari ini bukan lagi sekadar bersemuka tetapi melalui pelbagai saluran media sosial sama ada Facebook, Instagram, WhatsApp, Twitter dan TikTok.

“Perjuangan Gagasan Rakyat  adalah satu perjuangan yang sebenarnya menarik minat orang di luar sana termasuk parti lain untuk bersatu dan bersama berjuang demi kebaikan rakyat serta Sabah.

“Sebab itu fokus Wanita Gagasan Rakyat ialah kita menjadi pamangkin kepada pembangunan dan kemajuan, kita tidak mahu terlalu berpolitik yang akhirnya merencatkan usaha kita membawa kemajuan kepada rakyat dan negeri.

“Sebagai sebuah parti lokal, kita akan menggunakan pendekatan yang lebih strategik dan berbeza iaitu cara yang sinonim dengan budaya masyarakat Sabah untuk menarik penyertaan ramai rakyat ke parti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perjumpaan Wanita Gagasan Rakyat Sabah bahagian Karanaan, Paginatan dan Kundasang di Ranau semalam.

Hadir sama Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh, Penolong Setiausaha, Fahzean Mohiddin, Ketua Penerangan Anna Bell Perian serta ketua-ketua wanita bahagian dan jawatan kuasanya bahagian Keranaan, Piginatan dan Kundasang.

Tegas Redonah, selain bergerak menerusi anjuran pelbagai program parti, Wanita Gagasan Rakyat juga akan terus bersama-sama mengembleng tenaga menjayakan setiap program anjuran rakyat tanpa mengira skala penganjuran.

Katanya, dalam hak ini, setiap wanita mesti bersatu hati kerana hanya dengan perpaduan sahaja mereka menjadi sangat hebat dan mampu menggamit perhatian golongan atasan sekali gus merealisasikan keperluan wanita dan keperluan rakyat demi kesejahteraan bersama.

Sementara dalam aspek keterlibatan dalam ekonomi dan pembangunan, katanya, peranan wanita hari ini sangat penting dan bernilai.

“Umumnya, kita kaum wanita diberikan kelebihan dari segi disiplin dan cermat dalam pengurusan wang. Ini antara faktor menjadikan wanita lebih mungkin untuk berjaya dalam menguruskan ekonomi keluarga dan organisasi.

“Suatu hakikat hari ini, apabila bercakap mengenai ekonomi, pembangunan dan kemajuan, semua itu tidak lagi boleh dipisahkan dengan golongan wanita.

“Hal ini kerana wanita bukan sahaja penting sebagai menyokong tetapi wanita kini mampu menjadi ketua, pemimpin malah peneraju kepada agensi, jabatan, syarikat dan badan yang terlibat dalam pembangunan dan kemajuan negara,” tambah beliau.

Sementara itu, Redonah turut menziarahi keluarga kurang sihat di tiga DUN tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular