HomeIsu tempatanPACE UUM terus mantapkan organisasi melalui pendidikan

PACE UUM terus mantapkan organisasi melalui pendidikan

Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia (UUM) akan terus berusaha memantapkan lagi kapasiti organisasi melalui pendidikan.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Madya Dr Muhammad Idris Bullare @ Bahari berkata, ia akan dapat merealisasikan transformasi penyampaian perkhidmatan sektor pendidikan secara cekap dan berkesan.

Katanya, inisiatif penganjuran program jalinan kasih itu merupakan langkah strategik dalam pembudayaan nilai-nilai murni dan perpaduan dalam kalangan warga pelajar PACE UUM.

“Inisiatif ini juga diharap dapat mewujudkan kesedaran serta tanggungjawab sosial bersama komuniti. 

“Diharapkan program seumpama ini dapat menimbulkan rasa ingin membantu masyarakat setempat secara sukarela dan seterusnya, membina imej warga PACE UUM yang dinamik, peka dan mempunyai semangat kekitaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jalinan Kasih Pelajar PACE UUM Kampus Kota Kinabalu bersama Komuniti Kampung Kobuni Inanam di sini baru-baru ini.

Dr Muhammad yang juga pensyarah PACE UUM berkata, objektif program yang dilaksnakan pada kali ini adalah untuk memberi pendedahan dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat atau komuniti Kampuny Kobuni Inanam mengenai tahap kesihatan mental melalui taklimat isu kesihatan mental.

Selain itu katanya, program itu juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam amalan pemakanan seimbang agar memupuk gaya hidup sihat, positif dan sejahtera melalui taklimat kesihatan dan pertandingan mewarna oleh kanak-kanak.

“Program ini juga dapat menyantuni golongan yang kurang berkemampuan menerusi pemberian sumbangan bantuan bakul makanan kepada yang dikenalpasti bagi meringankan beban.

“Semangat kesepakatan dan kerjasama seperti ini wajar diteruskan dan dijadikan budaya positif Pelajar PACE UUM, agar kita terus dapatmemberikan yang terbaik kepada komuniti,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, Yun Fook Resources laksana penyelidikan nutrisi murid sekolah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular