HomeUtamaPM Gesa majikan pertimbang elaun kepada pelatih industri

PM Gesa majikan pertimbang elaun kepada pelatih industri

Read Time:1 Minute, 18 Second

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat tempatan untuk mempertimbangkan pemberian elaun kepada pelajar latihan industri di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bagaimanapun tidak menetapkan satu kadar untuk elaun terbabit tetapi jumlah itu wajar dipertimbang bagi memastikan ia dapat membantu kos sara hidup pelajar.

“Kepada syarikat-syarikat, bagilah elaun yang munasabah kepada mahasiswa kita kerana perjalanan tambang, makan mereka kena ambil kira.

“Saya bagi pihak anak-anak mahasiswa nak sampaikan keluhan mereka untuk diberi pertimbangan mengenai bayaran elaun,” katanya ketika melancarkan inisiatif terbaru pasaran modal, ‘investED’ yang akan meningkatkan kebolehpasaran graduan serta membangunkan saluran bakat mampan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, InvestED dijangka dapat mengatasi kekurangan tenaga mahir dalam pasaran modal.

Beliau berkata, inisiatif terbaharu itu juga adalah kerjasama pertama antara Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi, Bursa Malaysia serta peserta industri pasaran modal terkemuka.

Program itu katanya dibiayai oleh Dana Pembangunan Pasaran Modal (CMDF) dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.

“Program ini tentunya dapat membuka lebih baik peluang pekerjaan kepada graduan. 

“9,000 mahasiswa akan meraih manfaat pendedahan kepada peluang pekerjaan dalam industri pasaran modal dengan 600 orang akan terjamin mendapat pekerjaan dalam masa tiga tahun,” katanya \

Anwar berkata, kerajaan yakin jumlah pemanfaat itu boleh dipertingkatkan lagi melalui penyertaan lebih banyak pemain industri yang berkerjasama dengan universiti. 

Beliau berkata, pada masa yang sama, kerajaan berharap program seumpama ini turut membantu pelajar-pelajar daripada keluarga susah supaya mereka tidak tertinggal meraih manfaat peluang pekerjaan yang lebih baik. 

“Ini cukup penting dan selaras dengan hasrat Malaysia MADANI,” katanya.

.

RELATED ARTICLES
Utama

Sektor pelancongan Sabah berkembang 3.0 peratus pada 2023 – DOSM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular