HomeEkonomiSTEP bantu golongan sasar tingkat ketersediaan makanan

STEP bantu golongan sasar tingkat ketersediaan makanan

Read Time:1 Minute, 36 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Keningau : Inisiatif Social Technopreneurs Enrichment Program (STEP) yang diperkenalkan Kerajaan mampu memperkenalkan kaedah pertanian hidponik di samping mengaplikasikan pengunaan sains dan inovasi dalam pertanian.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, inisiatif yang turut bertujuan untuk menghimpunkan usahawan sosial dengan teknologi dan inovasi dalam bidang pertanian itu turut memberi fokus kepada pelajar dan komuniti sekolah secara praktikal.

Katanya, inisiatif ini dirancang bagi membantu golongan sasaran termasuk kumpulan B40, orang asal dan penduduk luar bandar dengan meningkatkan ketersediaan makanan serta sumber makanan yang sihat.

“Malahan melalui program tersebut, kita dapat membantu menjana ekonomi dan memberi sumber pendapatan baru kepada sekolah dan PIBG seterusnya memupuk semangat usahawan dalam kalangan komuniti sekolah” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata demikian dalam kenyataan selepas menyerahkan Projek Trusmadi’s Mini Greenhouse bagi Inisiatif STEP di bawah Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan bertempat di Magatang, Sekolah Kebangsaan (SK) Simbuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tulid di sini.

Trusmadi’s Mini Greenhouse adalah satu bentuk teknologi inovatif yang memperkenalkan sistem akuaponik, hidroponik dan lain-lain penyelesaian yang berkaitan sebagai alternatif kepada keterjaminan makanan dan menyelesaikan isu alam sekitar.

Seterusnya, memodenkan persekitaran pembelajaran STEM dan peluang pembelajaran berasaskan hand-on dan praktikal.

Arthur berkata, inisiatif ini diusahakan bagi memastikan kawasan luar bandar tidak ketinggalan daripada mendapat bantuan dan perhatian dalam bidang sains serta inovasi dan kita bagi tumpuan khusus kepada ekonomi pertanian.

Dalam pada itu, Arthur berkata kesemua tiga sekolah yang menerima projek ini akan dipantau selama enam bulan.

Katanya, sekolah yang mencatatkan pendapatan paling tinggi selepas enam bulan akan menerima hadiah dalam bentuk tambahan untuk pembesaran rumah hijau untuk meluaskan lagi projek tanaman hidroponik mereka.

Program Perolehan Impak Sosial Kerajaan (PPISK) diharap akan memberikan manfaat yang besar kepada komuniti setempat dan negara secara keseluruhannya. Ia merupakan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat dengan mengurangkan kos sara hidup dan jaminan makanan sihat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sambutan Hari Malaysia disifatkan bawa makna besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular