HomeUtamaESSCOM santuni 300 murid menerusi program 'Back To School'

ESSCOM santuni 300 murid menerusi program ‘Back To School’

Read Time:1 Minute, 38 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Semporna : Seramai 300 orang murid dari 11 buah sekolah rendah di daerah ini disantuni dalam satu program ‘Back To School’ Kawasan Keselamatan Khas Pantai Tmur Sabah (ESSCOM) di sini.

Program yang diadakan di Dewan Al-Khawarizmi Sekolah Kebangsaan (SK) Balimbang itu juga adalah bersempena dengan program ESSCOM bersama masyarakat di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Dr. Jamaluddin Mohd Ali  berkata, program itu adalah bertujuan untuk membantu murid sekolah di daerah ini yang terdiri dari golongan asnaf dan B40.

Katanya, bantuan itu juga adalah bagi memberi semangat kepada para murid untuk kembali ke sekolah dengan lebih bersemangat dan dapat belajar dengan selesa.

“Meskipun diadakan selepas sesi persekolahan bermula, namun perkara yang lebih utama adalah murid-murid yang menerima kit ‘Back To School’ dapat memanfaatkan sumbangan yang diberikan dan belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai impian dan cita-cita,” katanya.

Selain membantu murid-murid yang kurang berkemampuan, program itu juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS).

Jamaluddin berkata, kerjasama itu juga dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara pasukan keselamatan dengan masyarakat setempat khususnya di ESSZone melalui aktiviti kemasyarakatan serta kebajikan.

Selain SK Balimbang, kit ‘Back To School’ berupa beg sekolah, pakaian, stoking dan alat tulis itu turut diserahkan kepada beberapa sekolah lain.

Antara yang menerima murid dari SK Terusan Baru, SK Terusan Tengah, SK Kebangsaan Tongkalloh, SK Gelam-Gelam, SK Labuan Haji, SK Egang-Egang, SK Berpusat Bum-Bum, SK Sulabayan, SK Hampalan dan SK Sisipan. 

Terdahulu, turut diadakan sesi Ceramah Motivasi bertajuk ‘Murid Beradab, Murid Hebat’, yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Semporna, Mohd Ariff Alias.

Hadir sama, Guru Besarn SK Balimbang, Ariffin Uzam @ Ujam;  wakil Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Namla Abdul Hamid; wakil Pegawai Daerah Semporna, Samsiah Sabdan; Ketua Staf Bahagian Siasatan Khas dan Teknikal ESSCOM, SAC Mohamad Pajeri Ali dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Balimbang, Nasir Abu Bakar. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular