HomeUtamaGagasan Rakyat sokong usaha Kerajaan Perpaduan GRS Plus Sabah tangani isu diwarisi...

Gagasan Rakyat sokong usaha Kerajaan Perpaduan GRS Plus Sabah tangani isu diwarisi Kerajaan terdahulu

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyokong dan mendokong segala usaha serta komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus Sabah dalam menangani masalah yang diwarisi Kerajaan lalu.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ia termasuklah masalah bekalan air, elektrik dan jalan raya serta keperluan lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan Sabah yang lebih baik.

“Selain itu, parti ini juga menyokong komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan GRS Plus Sabah dalam menuntut hak hak rakyat dan negeri Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Negara.

“Parti ini juga turut menyokong penuh Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat di sini petang tadi.

Mesyuarat itu telah dipengerusikan Presiden Gagasan Rakyat yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata, AMT Gagasan Rakyat juga telah mengambil maklum ke atas sambutan dan respon positif rakyat di seluruh pelusuk negeri untuk menyertai dan memohon menjadi ahli parti itu.

“Semua bahagian Gagasan Rakyat seluruh Sabah juga diminta untuk memperkemas jentera parti bagi menghadapi pilihan raya negeri akan datang,”katanya.

Dalam pada itu, Nizam berkata, mesyuarat itu turut menetapkan tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat termasuklah sayap-sayap pergerakan.

Katanya, bagi mesyuarat cawangan ianya akan diadakan bermula 17 Julai sehingga 31 Ogos 2023

“Mesyuarat bahagian (23 September sehingga 15 Oktober) ; Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Pusat (25 November) dan Persidangan Agung Tahunan dilaksanakan pada 26 November depan.

“Pihak urus setia Gagasan Rakyat akan menghantar surat pekeliling berkaitan mesyuarat Tahunan ini kepada semua bahagian seluruh Sabah,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Helikopter Terhempas: Ebrahim Raisi Dilaporkan Maut Bersama Penumpang Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular