HomeUtamaGunakan media sosial dekati, dengar masalah rakyat

Gunakan media sosial dekati, dengar masalah rakyat

Read Time:1 Minute, 39 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tuaran : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah menyeru agar semua kakitangan di bawah kementerian itu untuk menggunakan sepenuhnya platfrom media sosial yang ada bagi mendekati dan mendengar masalah rakyat.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, medium itu juga dapat membantu para kakitangan untuk melebarluaskan informasi-informasi berkaitan kementerian dan pejabat daerah. 

“Sebagai jentera kerajaan yang berperanan melaksana segala dasar-dasar dan keputusan kerajaan, saya ingin berpesan agar penjawat awam perlu menumpukan seluruh usaha dan tenaga ke arah penyampaian perkhidmatan yang efektif, berkualiti, telus dan mendahulukan rakyat bagi memastikan matlamat kerajaan tercapai. 

“Sehubungan dengan itu, ‘Budaya Kerja Kelas Pertama’ yang menggabungkan integriti, disiplin dan tanggungjawab, mestilah menjadi pegangan setiap penjawat awam agar menjalankan tugas dengan jujur dan telus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Daerah Kecil Tamparuli 2022 di sini semalam.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli berkata, adalah menjadi harapan pihaknya agar warga kementerian khususnya Pejabat Daerah Kecil Tamparuli agar dapat menjaga imej dan nama baik Jabatan dari sebarang isu dan tanggapan negatif rakyat.

“Lebih-lebih lagi apabila kita mengharungi zaman yang semakin moden dan mencabar ini.  Perlu kita ingat, hari ini semua orang berlumba-lumba untuk mensensasikan berita yang belum pasti kesahihannya. Maka, berwaspadalah terhadap pandangan dan persepsi rakyat. 

“Profesionalisme sebagai penjawat awam perlu diangkat martabatnya melalui kredibiliti dan imej yang ditonjolkan. Oleh itu, saya menyeru agar semua penjawat awam menjaga dan mencipta keperibadian diri yang unggul serta mempertahankan nilai integriti dalam perkhidmatan,” katanya.

Sementara itu, Jahid berkata, menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan telah mengumumkan kenaikan-kenaikan bantuan pembasmian kemiskinan dan pembangunan yang menuntut semua pihak untuk memastikan bantuan itu sampai kepada kumpulan sasar.

“Kenaikan-kenaikan ini memberikan kita amanah yang cukup besar untuk kita laksanakan. Ia bukan sekadar pengumuman semata-mata, namun ia perlu dibuktikan dengan tindakan yang proaktif dan progresif warga Kementerian dan juga Pejabat-pejabat Daerah dalam melaksanakan penyaluran bantuan-bantuan dan peruntukanperuntukan tersebut,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Video terakhir Raisi sebelum helikopter dinaiki terhempas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular