HomeSukanSekolah diseru realisasikan bakat pelajar dalam sukan ragbi

Sekolah diseru realisasikan bakat pelajar dalam sukan ragbi

Read Time:1 Minute, 35 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Semua sekolah khususnya di daerah ini diseru untuk bersama membangunkan sukan ragbi bagi merealisasikan bakat pelajar dalam arena sukan itu.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, ia adalah bagi memastikan bakat pelajar itu dapat diasah menerusi wakil sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

“Tidak mustahil suatu hari nanti pelajar-pelajar ini dapat menyarung jersi pasukan kebangsaan untuk beraksi di kejohanan yang bertaraf antarabangsa. 

“Sukan ragbi adalah merupakan sukan yang mempunyai disiplin yang tinggi apabila berada di dalam padang kerana setiap pemain yang beraksi perlu mempunyai daya tahan fizikal dan mental apabila dirempuh oleh pasukan lawan bagi permainan yang melibatkan pelajar sekolah menengah. 

“Manakala bagi pemain kategori sekolah rendah pula, mereka perlu bijak mengatur langkah dan strategi bagi mengelak disentuh oleh pasukan lawan.  Kesabaran seseorang pemain perlu ada dalam diri seorang pemain bola bujur kerana tekanan terhadap pihak lawan adalah sengit.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah daerah Kota Kinabalu di sini semalam.

Mohammad berkata, sukan ragbi di daerah Kota Kinabalu ini juga semakin berkembang pesat dengan adanya program-program pembangunan yang telah diatur dengan sebaiknya dan juga kejohanan-kejohanan yang diadakan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah.

“Saya mengharapkan supaya sukan ini dapat membentuk keperibadian pelajar untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dan matang. 

“Sukan tidak pernah berpisah dengan akademik pelajar.  Ia hendaklah berjalan serentak jika ingin menjadi seorang yang berilmu dan berbakat dalam sukan.

“Penglibatan pelajar dalam sukan adalah wajib apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mewujudkan Program 1 Murid 1 Sukan.  Program seumapama ini adalah yang terbaik supaya murid di sekolah tidak akan tersisih daripada menyertai sukan-sukan yang mereka minati,” katanya.

Kejohanan itu telah disertai 12 pasukan lelaki dari sekolah rendah dan bagi kategori sekolah menengah disertai lima pasukan lelaki dan tiga pasukan  perempuan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular