HomeSukanAcara Petanque bakal jadi kejohanan tahunan di Membakut

Acara Petanque bakal jadi kejohanan tahunan di Membakut

Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Membakut :  Kejohanan Petanque akan dijadikan sebagai acara tahunan di daerah ini bermula pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perbincangan lanjut berhubung perkara itu akan diadakan diantara Pejabat Daerah Membakut dan Persatuan Petanque Membakut.

Katanya, perbincangan itu adalah bagi menyelaras dan melaksanakan penganjuran tersebut sekaligus menetapkan Dataran Tamu Pekan Membakut sebagai venue kejohanan dengan gelanggang berbumbung yang pertama di Sabah.

“Saya berharap Pejabat Daerah dan Persatuan Petanque Membakut dapat menjadikan kejohanan ini sebagai satu kejohanan tahunan. Justeru, saya juga akan berbincang dengan Majlis Daerah untuk menjadikan Dataran Tamu ini gunasama asalkan tidak mengganggu tamu yang diadakan sekali dalam seminggu di Pekan Membakut.

“Persatuan boleh menggunakan dataran ini sebagai gelanggang tetap, yang penting aspek kebersihan di sekitar kawasan ini mestilah dijaga kerana kawasan Pekan Membakut menjadi tumpuan para pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Petanque Terbuka Membakut 2023 Mixed Triple di sini semalam.

Sementara itu, Presiden Persatuan Petanque Membakut, Cindy Richard @Norain Abdullah berkata, kejohanan tiga hari mulai semalam itu disertai 95 pasukan melibatkan 288 peserta dan 56 pengurus pasukan yang menghantar penyertaan dari seluruh Sabah, Sarawak, Labuan dan Negara Brunei Darussalam.

“Kejohanan ini telah mampu mengumpulkan pemain-pemain tegar sukan petanque yang bukan semata-mata bermain dengan menggunakan tiga biji bola besi malah menjadikan sukan ini sebagai medium mengeratkan silaturahim,” katanya.

Untuk rekod, antara pencapaian membanggakan sukan petanque di negeri ini ialah tiga atlet Sabah mewakili Malaysia telah memenangi pingat gangsa dalam Sukan Sea Kemboja Mei lalu, selain  jurulatih kebangsaaan remaja Malaysia iaitu Asean level berasal dari Sabah.

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular