HomeUtamaGentari, Selangkah Tari ungguli Pertandingan Seni Warisan Juara Limbai

Gentari, Selangkah Tari ungguli Pertandingan Seni Warisan Juara Limbai

Read Time:1 Minute, 54 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Kumpulan Gentari mewakili Sekolah Menengah (SM) Lok Yuk Kota Kinabalu berjaya menjuarai  Pertandingan Seni Warisan Juara Limbai bagi kategori Sekolah Menengah.

Bagi kategori sekolah rendah, kumpulan Selangkah Tari yang mewakili Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan turut diumumkan juara bagi kategori berkenaan.

Kumpulan Selangkah Tari yang mewakili Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan turut diumumkan juara bagi kategori berkenaan.

Kedua-dua kumpulan masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga Exco Penerangan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Arifin (kanan) dan Nie Ching ketika menyambut ketibaan Hajiji

Naib johan pertandingan bagi kategori sekolah menengah berjaya dimenangi  kumpulan SC Alpha Dance yang mewakili SM Maktab Sabah dan bagi kategori sekolah rendah berjaya dimenangi kumpulan Skep Dance yang mewakili SK Pekan Kota Belud.

Pemenang bagi naib johan masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM5,000 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Sementara itu, kumpulan Tari Mantik mewakili SMK Kolombong diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga bagi kategori sekolah menengah dan kategori sekolah rendah dimenangi kumpulan Bumi Gemilang mewakili Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina St James Kota Kinabalu.

Kedua-dua kumpulan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 beserta trofi dan sijil penyertaan.

Turut diumumkan penari terbaik pertandingan iaitu Safiah Safirah bagi kategori wanita sekolah rendah yang mewakili SK Pekan Kota Belud dan Mohammad Al Mazidul Abdullah bagi kategori lelaki sekolah rendah mewakili SK Sembulan.

Bagi penari terbaik wanita dan lelaki kategori sekolah menengah masing-masing dimenangi Charletta Toiloh (SMK Kolombong) dan Mohd Aszuwairy Hifziq (SM Maktab Sabah).

Penari Terbaik Lelaki dan Penari Terbaik Perempuan masing-masing menerima wang tunai RM500berserta trofi dan sijil penyertaan.

Pertandingan anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang julung kali dianjurkan berlangsung di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.

Tarian yang dipertandingkan ialah Limbai, sebuah tarian tradisional etnik Bajau Sama di Sabah.

Tarian ini dipersembahkan sebagai simbolik acara khas ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan sebagai tanda untuk menjemput pengantin lelaki naik ke rumah bagi melakukan istiadat ijab kabul (pernikahan). – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular