HomeEkonomiInfrastruktur telco baharu akan dipasang di KKIP - Phoong

Infrastruktur telco baharu akan dipasang di KKIP – Phoong

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Satu infrastruktur telekomunikasi baharu akan dipasang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) untuk menambah baik kesalinghubungan di kawasan perindustrian.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Perhubungan dan Digital, Teo Nie Ching kepada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe.

Pengumuman itu dibuat berikutan lawatan kerja Teo ke Sabah hari ini.

Phoong berkongsi berita baik itu bahawa ini akan meningkatkan keyakinan pelabur seperti SK Nexilis dan SBH Kibing Solar yang masing-masing telah melabur RM 4.28 bilion dan RM2.48 bilion.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Teo Nie Ching dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana mengambil tindakan dengan pantas untuk memastikan kami mempunyai ketersambungan yang kukuh untuk menarik lebih ramai lagi pelabur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Phoong, beliau membangkitkan perkara ini kepada Teo pada 22 Jun dan bersyukur kerana Timbalan Menteri melihat isu ini dengan segera.

“Saya telah menerima aduan mengenai sambungan yang lemah daripada kedua-dua pelabur asing dan domestik di kawasan itu, oleh itu, kementerian saya segera menulis kepada KKIP dan Timbalan Menteri untuk meneliti isu itu.

“Kami menerima permintaan daripada kedua-dua SK Nexilis dan SBH Kibing Solar untuk menambah baik infrastruktur menaik taraf ketersambungan bagi memastikan operasi mereka berjalan lancar.

“Ini akan sentiasa menjadi keutamaan kami, memastikan infrastruktur lengkap dan mencukupi untuk pemain industri kami dan pelabur asing,” tegas Phoong.

Beliau juga menegaskan bahawa ketersambungan adalah sangat penting untuk menarik pelaburan, ia adalah trend global untuk bergerak ke arah pendigitalan dan kecerdasan buatan.

Beliau membangkitkan bahawa kementeriannya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk memastikan pemasangan infrastruktur telekomunkasi akan siap dalam tahun 2023.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya