HomeIsu tempatanProgram penghijauan Malaysia semai semangat golongan muda cintakan alam sekitar

Program penghijauan Malaysia semai semangat golongan muda cintakan alam sekitar

Read Time:1 Minute, 20 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tawau : Sebanyak 200 anak pokok akan ditanam di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan bagi menyokong dan menjayakan program penghijauan Malaysia menerusi kempen penanaman 100 juta pokok.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Rina Jainal berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 50 anak pokok akan ditanam di Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbahraya.

“Seperti yang kita sedia maklum, objektif agenda penghijauan negara adalah bertujuan untuk memperkaya khazanah hutan kita.

“Dalam hal ini, Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha positif sebegini yang memberi banyak kebaikan bukan sahaja kepada alam sekitar semata-mata tetapi turut merangkumi pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok kawasan DUN Kukusan di sini hari ini.

Rina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan berkata, menerusi kempen itu juga, sebanyak 46 juta pokok telah ditanam membabitkan lima kategori antaranya ladang hutan; restorasi hutan; pembangunan ladang getah dan pokok buah-buahan.

“Penganjuran program pada hari ini juga dilihat sangat selari dengan usaha kita untuk menyemai semangat cintakan alam sekitar dalam golongan muda yang bakal menjadi pewaris pembangunan negara masa depan.

“Semoga sasaran 100 juta pokok menjelang penghujung tahun 2025 dapat direalisasikan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Rina berkata, hutan juga menjadi antara penyumbang utama kepada sektor pendapatan Sabah dimana kekayaan hutan simpan negeri ini berpotensi sebagai lokasi untuk pelbagai aktiviti. 

“Kita patut bersyukur kerana lahir di bumi ini. Hutan kita bukan sahaja dapat menyumbang kepada sektor ekonomi pelancongan atau pembalakan semata-mata, tetapi juga bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular