HomeIsu tempatanPAMS serah sumbangan lembu korban

PAMS serah sumbangan lembu korban

Read Time:44 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Persatuan Anak Malaysia Sabah (PAMS) baru-baru ini menyerahkan sumbangan dua ekor lembu untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha semalam.

Lembu tajaan Pembantu Menteri Kewangan Sabah Tan Lee Fatt itu diserahkan masing-masing  kepada Masjid Kampung Cenderakasih Likas dan Tunas Asas Bola Sepak (TABS) SAFA Bandaraya Kota Kinabalu.

Penyerahan itu dilaksanakan secara bersama oleh Lee Fat dan Pengerusi PAMS Rosdy Wasli.

Rosdy berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Lee Fat atas sumbangan lembu berkenaan bagi diagihkan kepada penerima yang layak di sekitar kawasan terlibat.

“Meskipun berlainan agama, kami amat menghargai sumbangan ini untuk kami serahkan kepada mereka yang layak untuk diagihkan kelak.

“Semoga perpaduan ini akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat sekitar kawasan Likas,” katanya.

Rosdy turut berharap agar sumbangan atau program seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular