HomeUtamaInisiatif TTS perluas Renjer Muda bukti masyarakat komited pelihara alam semulajadi

Inisiatif TTS perluas Renjer Muda bukti masyarakat komited pelihara alam semulajadi

Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menyokong penuh inisiatif Taman Taman Sabah (TTS) yang memperluas pelaksanaan Program Renjer Muda TTS ke peringkat Kebangsaan.

Menterinya Datuk Christina Liew berkata, dedikasi serta semangat yang ditunjukkan membuktikan semua pihak peka dan komited untuk memelihara alam semula jadi di negara ini.

Beliau juga percaya objektif pelaksanaan program akan dapat dicapai selain lebih ramai lagi yang akan menghargai kelestarian alam bukan sahaja di Sabah, malah di seluruh negara.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pelajar yang hadir pada hari ini untuk mengambil peluang ini untuk mendaftar sebagai Renjer Muda Taman. 

“Mari bersama-sama melibatkan diri dan menyumbang dalam usaha pemeliharaan alam semula jadi di negara kita agar alam kekal sihat untuk 1,000 tahun akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Progtam Renjer Muda TTS: Penjelajah Lautan Peringkat Kebangsaan 2023 yang disiarkan secara atas talian di sini hari ini.

Christina berkata, pihaknya juga amat menggalakkan program-program pendidikan seperti itu yang selaras dengan objektifnya yang murni bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai sumber dan ekosistem marin yang terdapat di kawasan TTS.

“Oleh itu, saya sampaikan pesanan kepada Renjer Muda semua, nikmatilah keindahan Taman Pulau Tiga melalui program ini. 

“Contohilah Renjer-Renjer Taman yang melindungi alam kita. Pelajari dan terapkanlah nilai-nilai murni yang akan dikongsikan. Saya pasti, Renjer Muda semua akan menjadi individu yang lebih berpengetahuan dan peka alam selepas mengikuti program hari ini,” katanya.

Program Renjer Muda TTS: Penjelajah Lautan adalah bersempena Hari Lautan Sedunia yang disambut pada 8 Jun setiap tahun. 

Hari Lautan Sedunia mengajak semua pihak untuk menghargai keindahan dan keajaiban alam di sebalik ombak laut.

Tahun ini, KePKAS akan membawa Renjer Muda untuk meneroka The Wonders of Pulau Tiga Park iaitu Taman yang telah diwartakan pada 28 Jun 1978 yant berobjektif untuk melindungi kepelbagaian bio yang terdapat di kawasan tersebut. 

“Kepelbagaian flora dan fauna di daratan dan juga lautan menjadikan Taman Pulau Tiga setanding dengan Kawasan perlindungan Taman yang lain. 

“Namun, satu keunikan Taman Pulau Tiga ini adalah ‘Mud Volcano’ yang menjadi perhatian pengunjung dan saya pasti pengalaman mandi lumpur ini adalah istimewa serta sukar didapati di pusat-pusat pelancongan lain. 

“Oleh itu, saya berharap program ini juga akan dapat mengetengahkan khazanah alam di Taman Pulau Tiga dan seterusnya dapat menarik lebih ramai pelancong, “kata Christina lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular